BAGAIMANA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)?
1. Di manakah pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap?
Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan seperti di pautan portal berikut: http://www.anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negeri-cawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janm-negeri-dan-cawangan
Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Waktu urusan :
Isnin - Khamis: 9.00 pg - 3.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 12.30 tgh hari
Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Nota : Pendaftar mempunyai kuasa mutlak dan berhak meminta apa-apa dokumen tambahan walaupun pemohon telah menyertakan semua dokumen yang disenaraikan di atas bagi tujuan pembayaran balik WTD kepada pemohon.
2. Muat turun borang permohonan, borang Bon Tanggungrugi dan contoh format surat pengesahan daripada syarikat/firma.
Laman web bagi tujuan muat turun borang permohonan, borang Bon Tanggungrugi dan contoh format surat pengesahan daripada syarikat/firma adalah seperti berikut:
https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php
3. Bagaimanakah sekiranya terdapat dokumen sokongan yang tidak lengkap bagi permohonan yang telah dikemukakan?
Pendaftar akan mengeluarkan surat kuiri menyatakan dokumen yang tidak lengkap dan memulangkan kesemua dokumen sokongan bersama-sama dengan borang permohonan kepada pemohon.
No comments:
Post a Comment