TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) SECARA ATAS TALIAN / ONLINE
1. Adakah kemudahan permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian disediakan oleh Pendaftar?
Ya, kemudahan permohonan tuntutan WTD secara atas talian disediakan oleh Pendaftar melalui pautan portal berikut : https://egumis.anm.gov.my/
Borang Permohonan Tuntutan atas talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.
2. Bagaimanakah pengguna eGUMIS boleh membuat tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?
Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntuan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Klik pada ruangan "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih Teruskan Dengan Permohonan
Langkah 4 : Klik pada Tambah Penerima untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian Simpan.
Langkah 5 : Tandakan Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
Langkah 6 : Rujuk dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan untuk penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan.
Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DITERIMA.
Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya pengguna eGUMIS telah menghantar Borang Permohonan Tuntutan atas talian dan menerima mesej berikut:
"Rekod berjaya dihantar.
Permohonan tuntutan anda telah diterima. Sila kemukakan salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) dan penyata akaun bank yang aktif dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan ini berjaya dihantar melalui emel : permohonan_wtd@anm.gov.my . Sila Nyatakan Nombor Rujukan Borang Permohonan Tuntutan sebagai Subjek Emel. Dokuman sokongan adalah dalam format fail PDF dan TIDAK MELEBIHI 15MB.
Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DITERIMA.
Kegagalan menghantar dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DIPROSES.
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan anda, sila log masuk menggunakan nama pengguna dan sila rujuk Soalan Lazim.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan eGUMIS."
Pengguna eGUMIS perlu mengemukakan dokumen yang jelas seperti berikut:
i) Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)
ii) Salinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun bank yang aktif lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank.
Dokumen sokongan ini perlu dimuatnaik ke emel : permohonan_wtd@anm.gov.my dalam format fail PDF dan size tidak melebihi 15MB
Subjek: <Nombor Rujukan Borang Tuntutan> <Ruang> <Nombor Kad Pengenalan>
Contoh subjek emel: UMA704062020000001 680101081234
4. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya Pengguna eGUMIS telah menghantar Borang Permohonan Tuntutan atas talian dan menerima mesej berikut:
"Rekod berjaya disimpan.
Sila muat turun Borang Permohonan Tuntutan dan dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang Permohonan Tuntutan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut melalui emel: permohonan_wtd@anm.gov.my / serahan kaunter JANM Negeri/Cawangan /pos berdaftar. Sila Nyatakan Nombor Rujukan Borang Permohonan Tuntutan sebagai Subjek Emel. Dokumen sokongan adalah dalam format fail PDF dan TIDAK MELEBIHI 15MB.
Sila klik di sini untuk senarai dokumen berkenaan.
Kegagalan menghantar Borang Permohonan Tuntutan dan dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DIPROSES.
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan anda, sila log masuk menggunakan nama pengguna dan sila rujuk Soalan Lazim
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan eGUMIS"
Pengguna eGUMIS perlu mengemukakan dokumen yang jelas seperti berikut:
i) Borang Permohonan Tuntutan
ii) Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) untuk individu ATAU Salinan dokumen pendaftaran syarikat/firma DAN Salinan dokumen pertukaran nama syarikat/firma (jika ada) untuk syarikat/firm
iii) Salinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun bank yang aktif lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank
iv) Dokumen sokongan tambahan (Rujuk FAQ mengikut jenis WTD).
Dokumen sokongan ini perlu dimuatnaik ke emel : permohonan_wtd@anm.gov.my dalam format fail PDF dan size tidak melebihi 15MB
Subjek: <Nombor Rujukan Borang Tuntutan> <Ruang> <Nombor Kad Pengenalan>
Contoh subjek emel: UMA704062020000001 680101081234
Borang Permohonan Tuntutan WTD UMA7 asal yang lengkap ditandatangani serta dokumen sokongan tambahan asal (iv) perlu dihantar melalui pos (digalakkan Pos Berdaftar) atau kaunter Pejabat Pendaftar WTD.
Dokumen asal yang perlu dikemukakan antaranya adalah seperti berikut :
i) Surat pengesahan daripada syarikat/firma yang membuat serahan WTD
ii) Bon Tanggung Rugi (Borang UMA-8) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil RM10.00 LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah
iii) Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG)/Amanah Raya Berhad. Lengkap dengan senarai aset yang dituntut
iv) Dokumen tuntutan Jabatan Insolvensi Malaysia/ Pelikuidasi (Kebangkrapan/ Penggulungan Syarikat/Firma)
v) Dokumen tuntutan WTD Jenis Bankers Cheque/Bank Draft/Cashiers Order (Akaun Lain, Draf Bank, T/T dan Perkhidmatan Bank)
vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan
No comments:
Post a Comment