SERAHAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)
1. Apakah kemudahan yang disediakan oleh portal eGUMIS?
Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut
- membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
- memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
- menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
- memuatturun resit serahan WTD;
- memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
- mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.
2. Bagaimanakah membuat Serahan WTD di portal eGUMIS?
Untuk membuat serahan WTD, syarikat/firma perlu membuat bayaran WTD melalui portal eGUMIS. Selepas bayaran berjaya, syarikat/firma perlu memuatnaik Daftar WTD mengikut format yang telah ditetapkan oleh Pendaftar WTD ke dalam portal eGUMIS.
3. Siapakah yang boleh membuat serahan WTD secara atas talian?
Serahan WTD secara atas talian hanya boleh dibuat oleh syarikat/firma yang telah memohon capaian portal eGUMIS dengan mengemukakan Borang UMA-1 kepada Pendaftar WTD.
4. Bagaimanakah cara syarikat/firma mendaftar sebagai pengguna untuk membuat serahan WTD secara atas talian?
Untuk mendaftar dengan pihak Pendaftar WTD, syarikat/firma perlu melengkapkan Borang UMA-1. Borang ini boleh dimuatturun dari capaian berikut : http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut. Borang UMA-1 yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada Pendaftar WTD. Pihak Pendaftar akan menghantar notifikasi emel untuk memaklumkan ID serta kata laluan sementara kepada pegawai syarikat/firma.
5. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik ke dalam portal eGUMIS?
Dokumen yang perlu dimuatnaik ke dalam Portal eGUMIS adalah Daftar WTD dalam format MsExcel yang telah diencrypt menggunakan encryption key yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
6. Apakah format Daftar WTD (dalam format MsExcel) yang perlu disediakan sebelum diencrypt?
Contoh format dan panduan penyediaan Daftar WTD boleh dimuatturun dari capaian berikut http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut.
7. Bagaimanakah syarikat/firma boleh mendapatkan encryption key yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD?
Sebarang permohonan untuk mendapatkan encryption key perlu diemelkan kepada akaun.bwtd@anm.gov.my.
8. Bagaimanakah pihak syarikat/firma boleh mendapatkan resit bagi Serahan WTD yang telah dibuat dalam portal eGUMIS?
Selepas serahan WTD berjaya diproses dan diakaunkan oleh pihak Pendaftar, resit rasmi boleh dimuatturun melalui portal eGUMIS.
9. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya terdapat masalah teknikal semasa membuat serahan melalui portal?
Sekiranya pihak syarikat/firma mempunyai masalah semasa membuat serahan WTD secara talian, pihak syarikat/firma boleh berhubungan dengan:
Unit Akaun
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
akaun.bwtd@anm.gov.my
No comments:
Post a Comment