MAKLUMAT AM WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)
1. Siapakah yang berhak menerima bayaran Wang Tak Dituntut (WTD)?
Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.
2. Adakah Pendaftar menetapkan had tempoh masa untuk memohon tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Tiada tempoh masa yang ditetapkan. WTD yang diserahkan kepada Pendaftar boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.
3. Adakah Pendaftar menetapkan had minima amaun yang boleh dituntut?
Tiada had minima amaun yang boleh dituntut.
4. Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.
5. Adakah faedah akan dibayar ke atas Wang Tak Dituntut (WTD) yang disimpan oleh Pendaftar?
Tiada faedah yang akan dibayar. Menurut Seksyen 11(3) Akta WTD 1965, amaun bayaran adalah berdasarkan amaun di dalam Daftar WTD yang diterima daripada syarikat/firma tanpa apa-apa faedah.
6. Adakah Pendaftar melantik syarikat / firma atau individu sebagai ejen dalam menguruskan permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Kementerian Kewangan Malaysia atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak pernah melantik mana-mana syarikat / firma atau individu sebagai ejen dalam menguruskan permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD).
Sumber :
https://egumis.anm.gov.my/faq/
No comments:
Post a Comment