New
Sekuriti Tak Dituntut

- Sekuriti
tak dituntut adalah terdiri daripada saham, bon dan lain-lain instrumen
kewangan orang awam yang telah dipindahkan kepada Kerajaan atas nama
Menteri Kewangan dan Akauntan Negara Malaysia berdasarkan Akta-akta yang
berkuatkuasa. Walaupun sekuriti ini telah dipindahkan ke atas nama
Menteri Kewangan atau Akauntan Negara Malaysia, rekod mengenai pemilik
asal masih diselenggara oleh Kerajaan bagi tujuan memulangkan
sekuriti/hasilnya kepada pemilik/warisnya di satu masa hadapan.
- Kerajaan
Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan pemegang
amanah bagi sekuriti yang tak dituntut seperti termaktub di bawah
Seksyen 14,Seksyen 29 dan Seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti
(Depositori Pusat) 1991 (SICDA), Sekyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949,
Seksyen 36 Akta Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 353 Akta Syarikat 1965.
- Kesemua
terimaan dalam bentuk dividen, faedah dan hasil jualan sekuriti adalah
diakrukan terlebih dahulu dalam rekod kepada pemilik sebelum wang
tersebut diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Wang yang diserah
tersebut adalah tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan
pemilik/pengganti/warisnya boleh membuat tuntutan bila-bila masa kerana
tiada had masa dikenakan.
Senarai
Semak – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti
di bawah Seksyen
14/29/30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat (Pindaan)(No.2)
1998
No comments:
Post a Comment