PERMOHONAN TUNTUTAN INDIVIDU WANG TAK DITUNTUT (WTD) - e-Gumis - Semakan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Breaking

Tuesday, August 4, 2020

PERMOHONAN TUNTUTAN INDIVIDU WANG TAK DITUNTUT (WTD)

PERMOHONAN TUNTUTAN INDIVIDU WANG TAK DITUNTUT (WTD)




1. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran,Akaun Dagangan, Legasi, dan lain-lain wang yang kena bayar, apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?

1.  Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.

2.  Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)

3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGUMIS.

4. Surat Pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya nama dan nombor pengenalan empunya tidak sama dengan maklumat pemohon daripada eGUMIS )

5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap     dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus     ke dalam akaun)

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan




2. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Akaun Simpanan/Semasa dan Simpanan Tetap, apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?

Bagi setiap rekod wtd jenis akaun simpanan/akaun semasa dan simpanan tetap sehingga RM2,000

1.  Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7  yang lengkap diisi dan ditandatangani

2.  Salinan dokumen pengenalan diri(hadapan dan belakang)

3.  Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGUMIS

4. Surat Pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya nama dan nombor pengenalan empunya tidak sama dengan maklumat pemohon daripada eGUMIS )

5. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan

 

Bagi setiap rekod wtd jenis akaun simpanan/akaun semasa dan simpanan tetap melebihi RM2,000 dokumen berikut perlu disertakan;

1.  Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.

2.  Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)

3.  Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS.

4.  Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan tetap) atau.

5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan.

6 Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun).

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan

 

 

Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account):

·    Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua  pemegang akaun.

·    Salinan akaun bank (simpanan/semasa) aktif bersama / individu kesemua pemegang akaun yang jelas dan lengkap dengan nama  penuh pemegang akaun, nombor akaun bank dan nama bank.




3. Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Banker's Cheque, Bank Deraf, Demand Draft, Cashier's Order, apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?

1.  Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.

2.  Salinan dokumen pengenalan diri(hadapan dan belakang).

3.  Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS.

4.  Sekurang-kurangnya dua (2) daripada tiga (3) dokumen berikut:

        i. Borang pembelian asal banker's cheque/bank draft/cashier's order yang mempunyai cetakan bank yang jelas bagi maklumat transaksi tersebut.

        ii. Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang asal.

        iii. Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD kepada Pendaftar yang menyatakan maklumat pembeli dan penerima banker's cheque/bank draft/cashier's order mengikut format yang ditetapkan.


    Nota:

  • Sekiranya dokumen asal di 4(i) dan 4(ii) tidak dapat dikemukakan, salinan dokumen yang diakui sah oleh pihak bank lengkap dengan tandatangan, nama pegawai dan cap bank hendaklah disertakan
  • Sekiranya banker's cheque/bank draft/cashier's order yang melibatkan Jabatan Imigresen, pemohon perlu mengemukakan banker's cheque/bank draft/cashier's order yang asal. Sekiranya tiada, pemohon perlu mengemukakan surat pelepasan daripada Jabatan Imigresen

5.  Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil RM10.00 di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah (jika dikehendaki oleh Pendaftar).

6. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)


     Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan





4. Sekiranya tuntutan oleh individu bukan warganegara Malaysia apakah dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut?

1.  Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.

2.  Salinan dokumen pengenalan diri pasport terkini dan pasport semasa transaksi dilakukan di Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan.

3.  Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS.

4.  Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan tetap) atau.

5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan.

6. Salinan penyata bank yang lengkap yang jelas dengan  nama penuh pemohon, nombor akaun bank, nama bank, alamat bank dan national clearing code (FW/SC)/ Swift Code. (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)



No comments:

Post a Comment