CARA SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) SECARA ATAS TALIAN / ONLINE - e-Gumis - Semakan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Breaking

Tuesday, August 4, 2020

CARA SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) SECARA ATAS TALIAN / ONLINE

SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) SECARA ATAS TALIAN / ONLINE




1. Adakah kemudahan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian disediakan oleh Pendaftar?
Ya, terdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar melalui pautan portal berikut:


2. Siapakah yang boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?
Individu dan syarikat dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.


3. Bagaimanakah pemohon boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian?

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:


Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak  maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)


4. Adakah terdapat tempoh masa bagi akaun pengguna eGUMIS?
Ya,tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.



5. Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pemohon yakin mempunyai Wang Tak Dituntut (WTD) tetapi maklumat tidak dapat dikesan dalam semakan secara atas talian?

Maklumat WTD yang terdapat dalam portal eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD yang lengkap yang diserahkan oleh syarikat/firma kepada Pendaftar WTD.

Semakan WTD boleh dilakukan sendiri di kaunter Pejabat Pendaftar WTD atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan, ataupun dengan membuat semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat/firma yang dapat membuktikan keempunyaan WTD tersebut. Sila rujuk alamat Pejabat Pendaftar WTD dan senarai alamat JANM Negeri/Cawangan di laman sesawang www.anm.gov.my. Pemohon juga boleh membuat semakan di syarikat/firma yang menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar.



6. Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya nombor pengenalan dan nama empunya tidak sama dengan rekod Pendaftar?

Semua maklumat wtd adalah berdasarkan rekod serahan daripada entiti (syarikat/firma) kepada Pendaftar. Untuk tujuan permohonan wtd, pemohon perlu mencetak maklumat wtd tersebut dan rujuk syarikat/firma yang membuat serahan untuk surat pengesahan dan penjelasan.



7. Sekiranya pemohon tidak menerima email kata laluan di dalam peti masuk selepas pendaftaran, apakah yang perlu dilakukan?

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:


Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna

Langkah 5 : Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.

 
Jika menghadapi kesulitan, Pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui emel : maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my

 

8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna eGUMIS tersilap kunci masuk alamat email semasa pendaftaran?

Pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui emel : maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my



9. Apakah yang akan terjadi sekiranya pengguna eGUMIS tidak log masuk setelah menerima kata laluan?

Sekiranya pengguna eGUMIS tidak log masuk ke portal eGUMIS setelah menerima kata laluan melebihi 30 hari, akaun tersebut akan dinyahaktifkan secara automatik.



No comments:

Post a Comment