MAKLUMAT AM - PERMOHONAN TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) - e-Gumis - Semakan Wang Tak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Breaking

Tuesday, August 4, 2020

MAKLUMAT AM - PERMOHONAN TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)

MAKLUMAT AM - PERMOHONAN TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD)




1. Apakah maksud dokumen pengenalan diri/syarikat?

a) Kad pengenalan (hadapan dan belakang) bagi warganegara Malaysia;

b) Dokumen pertukaran nama daripada agensi berkaitan (sekiranya ada);

c) Akuan Pelepashakan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya telah bertukar kerakyatan;

d) Pasport terkini dan pasport semasa transaksi dilakukan di Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia;

e) Dokumen pengenalan diri Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan

f).Sijil Pendaftaran dan Sijil Pertukaran Nama (sekiranya berkaitan) bagi syarikat/firma.




2. Siapakah yang boleh membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?

Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:

(a) Empunya/pemilik WTD sendiri;

(b) Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;

(c) pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan

(d) Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau

(e) Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap




3. Siapakah yang dibenarkan mengemukakan tuntutan bagi Wang Tak Dituntut (WTD) kepunyaan syarikat/firma?

Permohonan tuntutan atas nama syarikat/firma hendaklah dibuat oleh syarikat/firma tersebut sahaja. Tiada bayaran dibenarkan kepada pengarah syarikat, pemegang saham, pekerja atau sebagainya kecuali perniagaan jenis milikan tunggal atau perkongsian boleh dibuat kepada pemilik perniagaan tersebut.






No comments:

Post a Comment